close-up-solar-panel

Perkenal insentif perluas program SARE kepada kediaman

25 October 2023 / By Othman
Perkenal insentif SARE kediaman

SHAH ALAM: Kerajaan diminta Perkenal insentif SARE kediaman Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu dalam Belanjawan 2024 supaya ia dapat
diperluaskan ke sektor perumahan dan kediaman agar matlamat menggalakkan penggunaan tenaga hijau dan tenaga boleh baharu (TBB) dalam kalangan
rakyat mencapai sasaran.

ANTARA kediaman yang menggunakan panel solar PV di atas bumbung bagi mengurangkan penggunaan tenaga secara konvensional. – GAMBAR HIASAN

Insentif yang dicadangkan itu boleh berbentuk penyediaan dana khas bagi mengurangkan kadar faedah pinjaman yang dikenakan kepada pelabur solar fotovoltaik berdaftar (RVPI) yang menyediakan perkhidmatan SARE kepada pengguna.

Perjanjian tiga pihak

SARE ialah perjanjian tiga pihak antara Tenaga Nasional Berhad (TNB), pelanggan dan RPVI meliputi tanggungjawab membabitkan sistem solar fotovoltaik (PV), permeteran tenaga solar dan bil serta kutipan bayaran antara pihak terbabit.

Pada masa ini SARE hanya layak dipohon oleh pengguna komersial dan industri serta sektor kerajaan di Semanjung Malaysia.

SARE adalah program berkonsepkan sewa beli panel solar di mana pengguna tidak perlu mengeluarkan modal untuk memasang panel solar PV.

Sebaliknya sewa atau tenaga solar yang digunakan boleh dibayar melalui bil Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Cadangan memperluaskannya ke sektor kediaman adalah selari dengan aspirasi kerajaan bagi mencapai dasar sifar karbon 2050 di samping menggalakkan penggunaan tenaga bersih dalam kalangan rakyat. Pengarah Urusan Gading
Kencana Sdn. Bhd., Dato’ (Dr) Ir. Guntor Tobeng berkata, jika kerajaan bersetuju melaksanakan insentif ini ia memberi banyak faedah terutama dalam membolehkan setiap lapisan rakyat peluang memasang solar PV.

“Jika kerajaan menyediakan insentif ini dalam Belanjawan 2024, majoriti rakyat akan mampu memasang solar yang mana ini akan mengurangkan kebergantungan kita kepada elektrik yang dijana melalui bahan api fosil yang melepaskan banyak karbon dioksida.

“Pemasangan solar PV juga akan menjadikan kediaman lebih sejuk kerana ia memberi teduhan dan mengurangkan serapan hapa pada bumbung.
Ini juga membantu menjimatkan elektrik kerana tidak perlu bergantung kepada pendingin hawa sepanjang masa.

“Jika pada masa akan datang kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan tarif elektrik, pemilik rumah yang memasang solar panel akan kurang terkesan dengan kenaikan bil elektrik,” katanya.

Perkembangan sektor tenaga solar

Selain perkenal insentif SARE kediaman, kata Dato’ Guntor Tobeng , bagi pihak industri, insentif seperti itu akan membantu mengembangkan sektor tenaga solar di negara ini untuk jangka panjang
yang sudah tentu menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.
Pada masa sama kata beliau, kerajaan sendiri memperoleh faedah kerana dapat mewujudkan komuniti rakyat pengguna TBB berasaskan solar yang menyokong aspirasi pengurangan jejak karbon.

“Melalui insentif ini kerajaan tidak perlu menyediakan peruntukan khas untuk pemasangan solar, selain penggunaannya akan menjimatkan kos subsidi
bil elektrik domestik. “Yang paling penting langkah ini jika dilaksanakan akan
membantu kerajaan mencapai sasaran awalnya iaitu 40 peratus penggunaan TBB menjelang 2035,” katanya.

Kata Dato’ Guntor Tobeng , TBB adalah tenaga masa depan dan solar adalah salah satu daripada komponennya, oleh itu diharapkan kerajaan akan mempertimbangkan
insentif berkaitan solar terutama melebarkan program SARE kepada sektor kediaman dalam Belanjawan 2024 kerana sebarang penangguhan hanya akan merugikan rakyat dan negara.

Dapatkan Sebut Harga Percuma untuk Solar di Solar Rakyat

Leave a Comment
*Please complete all fields correctly