close-up-solar-panel

Skim Pembiayaan Teknologi Hijau

05 August 2024 / By Othman
Skim Pembiayaan Teknologi Hijau

Skim Pembiayaan Teknologi Hijau- Kerajaan diminta memasukkan sektor tenaga solar dalam Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTSF) kerana ia penting dalam membangunkan industri tenaga boleh baharu (RE) di negara ini.

Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, ketika negara mahu mencapai sasaran karbon sifar, sektor RE terutama yang berasaskan solar perlu diperkasakan termasuk membantu memudahkan pembiayaan kepada pemain industri dalam sektor ini.

“Apabila kita bercakap tentang teknologi hijau, penggunaan RE adalah komponen utamanya, dan solar adalah elemen utama dalam menjana RE di negara ini, jadi ia sepatutnya turut dimasukkan dalam skim GTSF ini.

“GTSF adalah instrument jaminan kredit oleh Credit Guarantee Corporation (CGC), iaitu CGC menyediakan jaminan sebanyak 60 peratus jumlah pinjaman dan diskaun dua peratus terhadap faedah yang dikenakan oleh bank kepada pelabur solar.

“Ia adalah instrumen penting dalam memberi keselesaan kepada pihak bank dalam menyediakan pinjaman bernilai besar kepada perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang ingin menceburkan diri dalam industri peralihan tenaga,” katanya.

 

Quoation percuma untuk solar di Solar Rakyat

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi dan pelbagai lagi kelebihan dari  Gading Kencana untuk pemasangan solar di rumah anda.

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti kami di akaun media sosial kami di facebook, twitter, instagram, tiktok, linkedin , thread, youtube.

Leave a Comment
*Please complete all fields correctly