close-up-solar-panel

Industri ladang solar perlu 60,000 tenaga kerja yang diiktiraf SEDA

02 August 2024 / By Othman
GIndustri Ladang Solar

Industri Ladang Solar – Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., iaitu salah sebuah syarikat yang sudah lama terlibat dalam industri ladang solar , Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, ia memerlukan ramai tenaga kerja terutama bagi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan.

Katanya,  tender LSS5 akan ditutup pada hujung bulan ini dan akan diumumkan pada Januari tahun hadapan yang akan membuka laluan kepada pembinaan ladang-ladang solar baharu.

“Pemenang-pemenang tender memerlukan enam bulan untuk memuktamadkan pembiayaan dengan pihak bank.
“Selepas itu kerja-kerja pemasangan akan bermula sekitar Julai 2025, dan ketika ini para pemain industri solar memerlukan sekitar 60,000 pekerja untuk memastikan projek mereka siap pada Disember 2025,” katanya dalam kenyataan.
Dapatkan Sebut Harga Percuma untuk Solar di Solar Rakyat

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan promosi istimewa dan pelbagai kelebihan eksklusif daripada Gading Kencana bagi pemasangan sistem solar di kediaman anda. Dengan tenaga solar, anda bukan sahaja dapat menjimatkan bil elektrik tetapi juga menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Kami di Gading Kencana komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan teknologi terkini dan khidmat nasihat pakar bagi memastikan anda mendapat penyelesaian tenaga solar yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, faedah-faedah lain, serta kemas kini terkini, jangan lupa untuk mengikuti kami di semua platform media sosial kami seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, LinkedIn, Threads, dan YouTube. Ikuti kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada revolusi tenaga bersih!

Leave a Comment
*Please complete all fields correctly