close-up-solar-panel

Pengarah Urusan Gading Kencana terima Anugerah Fellow CIDB 2023

20 November 2023 / By Othman

PETALING JAYA: Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Dato (Dr.) Ir. Guntor Tobeng merupakan salah seorang daripada 20 pemain terbilang dalam industri yang terpilih menerima Anugerah Fellow CIDB 2023.

Anugerah yang disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu adalah bagi mengiktiraf mereka yang telah memberi sumbangan signifikan serta menjadi contoh  teladan dalam industri yang terus menyumbang kepada pembangunan dan penambahbaikan sektor pembinaan.

“Anugerah CIDB Fellowship adalah peluang untuk kami mengiktiraf perintis industri, yang telah memperjuangkan kecemerlangan pembinaan dalam pelbagai cara.

“Pada masa yang sama, kami memberi penghormatan kepada kerjaya mereka yang cemerlang, serta pengalaman luas mereka yang menjangkau beberapa dekad,” kata Alexander.

Pengerusi CIDB Malaysia Yusuf Abd Wahab dan ketua eksekutifnya Datuk Mohd Zaid Zakaria turut hadir pada majlis itu.

Mereka yang dipilih menerima anugerah itu mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang dalam industri termasuk kontraktor, pemaju, profesional pembinaan, ahli akademik, pengilang dan agensi kerajaan.

Anugerah Fellowship CIDB 2023 merupkana kali ketiga diadakan.

Pada 2015, sebanyak 65 peneraju industri telah diraikan sempena ulang tahun ke-20, dan sekumpulan 46 tokoh menerima anugerah itu pada 2018.

Leave a Comment
*Please complete all fields correctly