PETALING JAYA: Gading Kencana Sdn. Bhd. syarikat pembekal tenaga boleh Baharu di negara ini menawarkan pakej skim sewa milik sistem panel solar fotovoltaik serendah RM220 sebulan.
Pengarah Urusannya, Dato (Dr.) Ir. Guntor Tobeng berkata, pakej itu selari dengan Langkah Kerajaan sekarang yang mengadakan Kempen menggalakkan rakyat memasang sistem solar di rumah mereka bagi menjimatkan dan bil elektrrik setiap bulan.
Sempena Kempen ini, Dato Guntor berkata, Kerajaan akan memberikan insentif tunai sehingga RM4,000 kepada mereka yang memasang sistem panel solar.
“Kami di Gading Kencana turut mengambil bahagian dalam Kempen ini di mana kami menawarkan pakej sewa milik sistem panel solar fotovoltaik untuk Rumah selama 10 tahun serendah RM220 sebulan.
“Tertakluk syarat dan terma, pakej yang kami tawarkan ini, pengguna tidak perlu membuat sebarang pembayaran ketika pemasangan dan kami juga akan membantu mereka mendapatkan insentif RM4,000 tersebut dari Kerajaan,”katanya dalam kenyataan.
Menurut Dato Guntor, pihaknya menawarkan pakej itu sebagai menyokong usaha kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan tenaga bersih terutama yang berasakan solar.
Katanya , selain menjimatkan bil elektrik hingga 90 peratus sebulan, penggunaan tenaga solar juga membantu mengurangkan pemanasan global dan menangani perubahan iklim serta membantu negara dalam pengurusan jejak karbon global.
“Kalau ada kawan-kawan, saudara mara atau jiran tetangga yang ingin pasang sistem panel solar di rumah boleh kongsikan pakej promosi yang ditawarkan oleh Gading Kencana ini,” katanya.
https://suaramerdeka.com.my/skim-sewa-milik-sistem-solar-gading-kencana-serendah-rm220/
About The Author
Othman