Pengurusan kanan GKSB kunjungi TKSU Petra
PENGURUSAN Kanan, Gading Kencana Sdn. Bhd. (GKSB), syarikat bumiputera terkemuka dalam industri tenaga boleh baharu (TBB) terutama solar, baru-baru ini melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Mareena Mahpudz.
Dalam kunjungan itu, GKSB diketuai oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng.
Menurut Guntor, ia bertujuan untuk suai kenal dan ramah mesra kerana PETRA adalah kementerian yang bertanggungjawab secara langsung dengan industri TBB.
Melalui kunjungan itu katanya, beliau yang mewakili pihak industri dapat memahami secara dekat aspirasi dan komitmen kerajaan berhubung dengan industri tenaga negara di samping lebih memahami mengenai dasar-dasar dan polisi berkaitan dengan TBB.
Pada masa yang sama katanya, kesempatan pada kunjungan itu juga digunakan oleh GKSB untuk membangkitkan isu-isu yang dihadapi oleh pihak industri dalam merealisasikan pembangunan projek tenaga hijau di negara ini.


About The Author
Othman