close-up-solar-panel

Gading Kencana jalin MoU bangun ladang solar di Indonesia

01 December 2025 / By Othman
Gading Kencana jalin MoU bangun ladang solar di Indonesia

Gading Kencana jalin MoU bangun ladang solar di Indonesia

GADING Kencana Sdn. Bhd. (GKSB) baru-baru ini telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan PT Jateng Petro Energi (JPEN) dari Indonesia untuk projek membangunkan ladang solar di negara itu.

Melalui perjanjian itu kedua-dua syarikat mencapai persetujuan di mana JPEN yang merupakan syarikat milik Pemerintah Provinsi Jawa Tengah yang turut terlibat dalam pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) bersetuju untuk meneroka peluang dalam bidang berkenaan di wilayah terbabit.

Ini selari dengan keupayaan GKSB yang merupakan syarikat bumiputera terkemuka di negara ini yang memiliki pengalaman, keupayaan dan kepakaran dalam pembinaan dan pengurusan ladang solar. Kedua-dua pihak menandatangani MoU itu bagi merangka kerjasama untuk meneroka bidang tersebut di wilayah Jawa Tengah.

Pada MoU yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara itu GKSB diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ (Dr.) Ir. Guntor Tobeng dan JPEN oleh Presidennya, Dwi Budi Sulistiyana.

Majlis itu telah disaksikan oleh Gabenor Jawa Tengah, Drs. Ahmad Luthfi dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.

Dato’ Guntor berkata, melalui MoU itu GKSB dab JPP telah merangka persefahaman untuk menjalin kerjasama bagi mengenal pasti potensi membangunkan ladang solar di wilayah berkenaan.

Katanya, ia termasuk menjalankan kajian kelayakan yang meliputi aspek teknikal, kebolehpasaran, peluang ekonomi dan perniagaan serta beberapa aspek lain berkaitan potensi projek ini.

“Kami akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu terutama berkaitan dengan kebolehaksesan, kemudahan yang ada dan proses perundangan di negara itu berhubung pelaksanaan projek solar,” katanya.

Selain itu kata Dato’  Guntor, MoU itu juga bagi membolehkan kedua-dua belah pihak membentuk pasukan bersama yang akan berkomunikasi secara berkala disamping melakukan perbincangan terperinci berhubung kerjasama itu.

“MoU ini secara tidak langsung membuktikan kepercayaan pihak luar kepada syarikat bumiputera di negara dalam mengendalikan projek TBB pada skala besar bukan sahaja dalam negara tetapi jug di luar negara,” kata Dato’ Guntor.

Solar Rakyat

Leave a Comment
*Please complete all fields correctly