Bacaan Yasin dan doa selamat ladang solar
GADING Kencana Sdn. Bhd., yang merupakan pengendali ladang solar skala besar CGPP Bikam baru-baru ini telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena pembinaan yang memasuki fasa terakhir.
Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk Ir Guntor Tobeng berkata, ia bertujuan memohon perlindungan dan keselamatan ladang solar Gading HBA Sdn Bhd itu serta supaya diberkati dan dapat beroperasi mengikut jadual.
Majlis itu telah disempurnakan oleh kehadiran imam, bilal dan ahli jemaah dari Surau Ulul Azmi, Taman Bukit Indah, Ampang.


About The Author
Othman