close-up-solar-panel

Guna solar penyelesaian kepada pemansuhan subsidi elektrik

22 May 2023 / By admin
Tiada lagi subsidi

PARA pengguna yang bakal terbeban ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada lagi subsidi elektrik untuk mereka yang yang guna banyak elektrik boleh memikirkan sumber alternatif daripada tenaga boleh baharu (TBB) iaitu dengan memasang panel solar.

Profesor Adjung di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr. Ir. Guntor Tobeng berkata, pemansuhan subsidi akan menyaksikan jumlah penggunaan elektrik bagi mereka yang menggunakan pendingin hawa akan meningkat tinggi.

Katanya, ditambah pula dengan cuaca panas, majoriti rumah di negara ini terpaksa memasang pendingin hawa dan sudah tentu itu akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan elektrik.

“Bagi mereka yang menggunakan banyak elektrik seperti kata Perdana Menteri rumah yang ada tiga kipas dan empat pendingin hawa, alternatif untuk penjimatan jangka panjang adalah dengan memasang solar.

“Pengguna tenaga elektrik dari sumber solar ini terbukti menjimatkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada bil elektrik bulanan dan ada juga yang sampai 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

https://suaramerdeka.com.my/guna-solar-penyelesaian-kepada-pemansuhan-subsidi-elektrik/

Leave a Comment
*Please complete all fields correctly