close-up-solar-panel

Gading Kencana meterai MoU bernilai AS$1 bilion dengan syarikat Arab Saudi di Ekspo 2020 Dubai bangunkan tenaga solar

05 February 2022 / By admin
(MoU) with March Global LLC ,Memeterai perjanjian persafahaman

DUBAI, 3 Februari 2022: Gading Kencana Sdn. Bhd., (Gading Kencana) iaitu antara syarikat pengendali ladang solar terbesar di Malaysia hari ini telah memeterai perjanjian persafahaman (MoU) dengan March Global LLC (March Global), sebuah syarikat berpangkalan di Arab Saudi bagi menjalin kerjasama membangunkan ladang solar di Asia Barat, Afrika dan rantau ASEAN.

Perjanjian yang ditandatangani di sini sempena Dubai World Expo 2020 di sini membabitkan nilai pelaburan sehingga AS$1 bilion bagi membangunkan ladang solar di negara-negara membangun menjelang tahun 2025.

Pada majlis itu, Gading Kencana di wakili oleh Pengarah Urusannya, Prof. Dato’ Dr. Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng, sementara March Global oleh Pengerusinya, Tariq Saad Ghazzawi.

Muhamad Guntor berkata: “MoU ini meliputi aktiviti, transaksi, perhubungan, kontrak dan kerja yang berkaitan membangunkan ladang solar dengan fokus utama di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).

“Rantau MENA dipilih kerana ia mempunyai potensi besar dalam penerokaan tenaga boleh diperbaharui selari dengan perkembangan semasa global yang mahu mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga konvensional.

“Selain itu, MoU ini juga adalah pengiktirafan kepada syarikat dari Malaysia yang membuktikan Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang tenaga boleh diperbaharui terutama solar yang mampu memainkan peranan di peringkat global melalui kerjasama seperti ini.”

Muhamad Mansor menambah, kerjasama pertama antara Gading Kencana dan March Global adalah membangunkan ladang solar di Khulais, Arab Saudi yang berkapasiti 100 megawatt (mw).

Katanya, selepas Arab Saudi, ia akan diikuti dengan penerokaan potensi pelaburan di Ghana dan beberapa negara di Afrika Utara.

Untuk rantau ASEAN pula katanya, melalui MoU yang ditandatangani itu, Gading Kencana dan March Global akan membangunkan ladang solar di Vietnam.

“Melalui MoU ini akan membolehkan syarikat Malaysia seperti Gading Kencana mengorak langkah ke pentas antarabangsa dengan mengambil kesempatan daripada perkembangan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui global yang menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam dua tahun lalu, dengan kapasiti penjanaan baharu mencecah hampir 280 gigawatt (GW) pada 2020, kira-kira 45 peratus lebih tinggi daripada 2019, menandakan peningkatan tahun ke tahun tertinggi sejak 1999, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

“Kapasiti penggunaan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui global diramalkan meningkat lebih daripada 60 peratus antara 2020 dan 2026, mencecah lebih daripada 4,800GW. Penambahan kapasiti yang sangat tinggi akan menjadi “normal baharu” pada 2022.

“Dengan tenaga boleh diperbaharui menyumbang 90 peratus daripada pengembangan kapasiti kuasa baharu, menurut IEA, maka syarikat-syarikat tempatan Malaysia juga perlu pantas merebut peluang yang terbuka di peringkat global ini melalui jalinan kerjasama dengan syarikat antarabangsa seperti March Global untuk meneroka potensi baharu di negara-negara membangunan,” kata Muhamad Guntor.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 012 3384656

TENTANG GADING KENCANA SDN BHD

Gading Kencana Sdn. Bhd. Syarikat mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang solar termasuk menguruskan ladang solar mega di Bidor, Perak dan Melaka. Gading Kencana juga pakar dalam pembangunan tenaga solar berskala besar, kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pengujian dan pentauliahan sistem fotovoltaik suria. Maklumat lanjut layari https://gadingkencana.com.my/.

TENTANG MARCH GLOBAL LLC

Daripada permulaan yang sederhana dengan hanya 10 pekerja, March Global berkembang menjadi kumpulan syarikat yang pelbagai. Perniagaan Ghazzawi ini telah berkembang secara beransur-ansur selama bertahun-tahun untuk menyatukan perkhidmatannya dalam pelbagai sektor. Sejak penubuhannya pada tahun 1975, perniagaan Ghazzawi telah didorong oleh ketepatan, ketabahan, dan visi untuk melibatkan diri dalam pertumbuhan pasaran yang pesat dan permintaan untuk perkhidmatan profesional, penyelesaian berkualiti tinggi dan inovatif. Hari ini, March Global merangkumi spektrum perniagaan yang pelbagai daripada industri runcit, barang kemas halus, perdagangan minyak & gas, tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga, penyelesaian IT, penyelenggaraan operasi, keselamatan industri perkhidmatan, katering, reka bentuk dalaman, seni bina & perancangan bandar, pembinaan dan pembangunan hartanah dalam Kerajaan Arab Saudi, serta merentasi Teluk Arab dan pasaran antarabangsa. Maklumat lanjut layari http://www.marchglobal.co/

Prof. Dato’ Dr. Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng (kiri) dan Tariq Saad Ghazzawi (kanan) bertukar dokumen selepas menandatangani perjanjian persefahaman di Dubai World Expo 2020 di Dubai.

Leave a Comment
*Please complete all fields correctly